Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang Rupanya Hujan DiTengahari...
Setelah 33 tahun Berkahwin diakhiri dengan perpisahan yang tiada sape tau, kecewa tak terkata, tapi itulah KEHIDUPAN yang telah diharungi malangnya diusia sebegini berlaku perpisahan tanpa sengketa. Dulu pernah juga berkata dalam hati mengapa ada orang bercerai setelah bercucu 6. Inilah hakikat ketentuan Allah buat hambaNya yang lemah segalanya, gagal menghalang perkara ini terjadi. Masyarakat melihat daku happy sokmo macam Loving Couple selama ini, sikap Hipokrit daku berdua selama ini, apa boleh buat.
Kini daku terpaksa menempuh kehidupan baru starting from Zero semula terpaksa mencari pasangan baru untuk dibina dengan harapan ke SyurgaMu bersama.
Terpaksa daku menebal muka mencari pasangan baru yang telahku temui, setelah lama mencari seperti melobi tender juga...
Sekiranya ada jodohku dipenghujung tahun 2018, dengan sejuta harapan seperti MAT JENIN ingin Berkahwin dengan anak Raja. Apa yang daku harapakan akan menjadi kenyataan.
Maluku terpaksa ditanggung untuk meneruskan kehidupan berumahtangga, diwaktu usia yang sebegini bukanlah mencari pasangan yang muda cukup bagiku seorang yang memahami kerenah ku, walaupun daku akan menempuh kehidupan yang jauh berbeza untuk Ku harungi kehidupan seterusnya yang penuh cabaran serta dugaan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan